- Sesiapa yang suka duduk dengan perempuan , akan di tambah Allah bodoh dan syahwatnya.
- Sesiapa yang suka duduk bersama orang kaya akan ditambah Allah kecintaanya kepada dunia dan keinginan kepadanya.
- Sesiapa yang duduk dengan orang miskin, akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pemberiannya.
- Sesiapa yang suka duduk bersama dengan sultan (pemerintah negara), akan ditambah Allah kekasaran dan sifat sombong.
- Sesiapa yang suka duduk dengan kanak-kanak, akan ditambah kesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.
- Sesiapa yang duduk dengan orang-orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.
- Sesiapa yang duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat dan patuh.
- Sesiapa yang duduk dengan para ulamak, maka bertambahlah ilmu dan waraknya
About Me
- Syahidatullah
- Saudi Arabia
Tuesday, June 8, 2010
DeNgaN SiaPa EngKau DuduK??
Monday, June 7, 2010
AWAS KAMU WANITA!

1. JANGAN TERLALU MUDAH MEMPERCAYAI LELAKI
- terlalu mudah mempercayai kata-kata lelaki yang berlagak baik menyebabkan kamu berada dalam kelompok wanita yang bakal ditipu. walaupun anda menyayanginya sepenuh hati hangan sesekali meletakkan sepenuh kepercayaan kepada dirinya. apabila si dia melihat kamu tidak pernah menunjukkan sebarang reaksi mencurigakan maka si dia mula memikirkan mengenai perkara lain yang cuba hendak dilakukan olehnya. Oleh itu jangan mudah termakan pujuk rayu si dia dan jangan mudah mempercayai kata-katanya.
2. TERLALU MENUNJUKKAN MINAT
- walaupun anda menyukai dan meminati seseorang itu dengan mendalam, tetapi belajarlah untuk menyembunyikan perasaan itu. sikap lelaki ialah mereka mudah mengambil kesempatan terhadap wanita yang terlalu menunjukkan sikap minat dan terujanya. Jadi apa salahnya anda hanya menunjukkan reaksi biasa dan jangan berlebih-lebihan.
3.TERLALU BERSOSIAL
-untuk menikmati kehidupan sosial tidak menjadi kesalahan. Bersosial juga boleh melepaskan tekanan, tetapi sosial yang keterlaluan membuatkan orang mudah mengambil kesempatan ke atas kamu. Bersosial tanpa batasan ibarat kamu sedang mendedahkan diri kepada lelaki yang suka menjadikan wanita mangsa keadaan dan mangsa cinta sementara. Dalam Islam sendiri tidak menegah umatnya berhibur tetapi biarlah ada batasan dan tidak merosakkan diri sendiri.
4. TIADA ILMU
- dalam bercinta perlu ada ilmu.dengan ilmu seseorang itu dapat membezakan apa yang betul dan tidak perlu dilakukan ketika bercinta.ilmu bukan sahaja terhad kepada ilmu dalam konteks pendidikan dan kerjaya sahaja.untuk menuju ke arah percintaan dalam konteks islam seseorang itu perlu kaji dan tahu batas-batas seseorang bukan mahram. mereka tidak boleh bergaul terlalu bebas dan berdua-dua di tempat yang sunyi kerana ini boleh mendatangkan syak wasangka dan boleh membawa ke arah keburukan seperti PENZINAAN dan sebagainya. Apabila bercinta tanpa ilmu, itulah hari ini banyaknya terjadi ANAK LUAR NIKAH . jadi dalam bercinta juga perlu ada ilmu untuk mengelakkan semua ini berlaku.
5.TERLALU MEMANDANG FIZIKAL DAN KEBENDAAN
- jika ini menjadi syarat utama dalam sesebuah hubungan itu, ia tidak akan kekal lama. Bagi wanita jika ini yang mereka pandang dan diletakkan di hadapan dalam mencari pasangan , sebenarnya mereka meletakkan dirinya dalam bahaya. Jadi dalam memilih pasangan garis panduan yang diberikan oleh Islam sudah jelas iaitu utamakan agama dari perkara yang lain.
6. TERLALU BERLEMBUT
- Kelembutan biarlah kena pada tempat dan masanya. Berlembut tidak kena pada tempatnya yang memakan diri sendiri. sifat lembut biasanya di kaitkan dengan sabar. Sabar itu di tuntut dalam Islam tetapi jika bersabar sehingga memudaratkan diri sendiri, maka sesuatu perlu dilakukan agar anda tidak tergolong dalam kalangan wanita yang mudah di perdayakan..
Subscribe to:
Comments (Atom)