MUTIARA KATA

Menuntut ilmu adalah taqwa, menyampaikan ilmu itu adalah ibadah, mengulanginya adalah zikir.
Mencari ilmu itu jihad.
-Al-Ghazali-

Saturday, September 12, 2009

Lailatulqadar

Tahukah anda semua??
orang yang beribadah pada malam 10 terakhir Ramadhan akan mendapat
rahmat yang disabitkan dalam hadis-hadis sahih bahawa malam lailatulqadar wujud pada salah satu malam yang 10 itu terutamanya 21,23,25,27, dan 29.

Insya-Allah orang yang tekun beribadah didalam masa tersebut untuk menemui malam
lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat bukhari dan muslim ialah:

1. menghayati malam tersebut dengan beribadah
2. yakin bahawa malam lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. dikerjakan kerana Allah semata-mata mengharapkan rahmat dan keredhaan Allah

hadis riwayat Abu-hurairah r.a
Maksudnya: 'barangsiapa yangmenghayati malam lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan pelbagai jenis ibadat yang lain sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya akn diampunkan dosanya yang terdahulu.'

jika kita mengamati hadis dari Anas bin Malik yang menyatakan , 'barangsiapa yang menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah sepanjang bulan Ramadhan sesungguhnya dia telah mendapat sebahagian daripada malam lailatulqadar. yang penting kita tidak mengabaikan mana-mana malam dalam bulan Ramadhan kecuali dengan melakukan ibadat yang paling minimum sembahyang berjemaah pada waktu maghrib dan isyak.

kepada pembaca blog ini, saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga pembaca semua, perbanyakkanlah amal ibadah di bulan Ramadhan ini terutamanya 10 malam terakhir Ramadhan. tetapi apa yang penting sebelum kita beramal di malam lailatulqadar hendaklah kita bertaubat nasuha dan terus beristiqamah dalam mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya..

yang terbaik insya-Allah...