MUTIARA KATA

Menuntut ilmu adalah taqwa, menyampaikan ilmu itu adalah ibadah, mengulanginya adalah zikir.
Mencari ilmu itu jihad.
-Al-Ghazali-

Friday, October 16, 2009

teka teki Imam Ghazali

Imam Ghazali= apa yang paling jauh dari kita didunia ini?
murid 1 ; " Negeri Cina"
murid 2 : " bulan"
murid 3 : " matahari"
murid 4 : " bintang-bintang"
Imam Ghazali = " semua jawapan itu benar. tetapi yg paling benar adalah MASA LALU. bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok, dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.."
nasihat ana pd antum dn dr ana sendiri,
perbaikilah kesalahan pd masa lalu.kerana jika kita masih lg bernafas di muka bumi ini, pintu taubat sentiasa t'buka untuk kita. Insya-Allah
" sesiapa yang meninggalkan CINTA DUNIA , dianugerahi kepadanya cinta akhirat."(dr Umar r.a)
yang terbaik Insya-Allah