MUTIARA KATA

Menuntut ilmu adalah taqwa, menyampaikan ilmu itu adalah ibadah, mengulanginya adalah zikir.
Mencari ilmu itu jihad.
-Al-Ghazali-

Saturday, November 21, 2009

Canda Nabi Sulaiman 'Alaihissalam

Muhammad bin Ka'ab Al-Qurazhi mengisahkan tentang seorang lelaki yang datang mengadu kepada Nabi Sulaiman alaihissalam serasa berkata ; Wahai Nabi Allah, Aku memiliki beberapa orang tetangga yang kerjanya mencuri angsa-angsaku".
Serta merta beliau 'alaihissalam mengajak rakyatnya untuk syalat berjemaah. Usai syalat beliau berkhutbah , " Aduh! Sungguh tak tahu malu. Diantara kalian ada yang tega mencuri angsa tetangganya.Eh...,dia datang masjid, tak tahunya di kepalanya masih melekat bulu angsa!!".
Spontan sahaja seorang lelaki yang meang mencuri angsa tersebut, mengusap-ngusap kepalanya.
Nabi Sulaiman alaihissalam segera berkata, "Itu dia pencurinya..Tangkap!!."
(Al-Adzkia,hlm 10)
hurm lawak kn??
tp dlm baginda b'canda msh lg ada batasnyerr.tp KITA??
selalu mguris ht org laen..so,,, Ikfir binnafsi (fikirlah sendiri)

Wednesday, November 11, 2009

Rasulullah tersenyum

Rasulullah tersenyum ketika berlumba lari dengan Aisyah

Baginda sangat pandai menciptakan suasana damai dan tenteram dalam rumahtangganya. Ketika berada dekat dengan isterinya, baginda suka bergurau senda, bermain atau melakukan perkara-perkara yang boleh menyenangkan hati isterinya. Terkadang baginda mengucapkan kata-kata yang boleh membuat isterinya tertawa. Semua ini baginda lakukan demi untuk menyenangkan hati isterinya.

Aisyah pernah meriwayatkan cerita bersama Rasulullah.

Pada suatu ketika, aku ikut bersama Rasulullah dalam satu perjalanan. Pada saat itu badanku masih kurus. Kemudian Rasulullah menyuruh rombongan yang menyertai kami untuk berjalan di hadapan terlebih dahulu. Lalu baginda berkata kepadaku: " Ayuh kita berlumba lari".

Dalam perlumbaan itu aku lari sangat laju sehingga mendahului Rasulullah. Namun baginda diam sahaja apabila kalah dalam lumba lari denganku.

Ketika dalam perjalanan lain dimana badanku sudah bertambah gemuk, baginda menyuruh rombongan untuk berjalan mendahului kami. Kemudian baginda mengajak aku berlumba lari lagi.

Dalam perlumbaan ini aku berlari dengan sangat laju, tetapi Rasulullah berlari lebih laju sehingga baginda berkata kepadaku : " Ini sebagai penebus kekalahanku yang dahulu"

(PUSTAKA ILMI)

Sabar dan Sakit

Dirawikan daripada Nabi SAW sesungguhnya baginda bersabda, " Allah telah berkata:
" Barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia mohon perlindungan daripada-Ku, pasti akan Aku berikannya sebelum dia meminta perlindungan kepada makhluk, pasti Ku-tutup semua pintu langit baginya."
Maka bagi orang yang berakal wajiblah dia bersabar atas bencana yang menimpa. Tidak ragu atau mengadu (kepada makhluk). Maka dia akan selamat daripada seksa dunia dan akhirat. Sesungguhnya bencana yang paling pedih hanya menimpa para nabi dan para wali.
Junaid al-Baghdadi ra telah berkata, Bala merupakan pelita orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lengkap (lupa). tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala,rela dan sabar.
Rasulullah SAW juga bersabda,
" Barangsiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh."
Telah berkata Adl Dlahak ra," Barangsiapa tidak diuji antara tiap-tiap empat puluh hari dengan suatu bala, kedukaan atau musibah, maka tidak ada kebaikan baginya disisi Allah."
(sedutan dari terjemahan kitab Mukashafah Al Qulub)

Sunday, November 8, 2009

Khalifah Abu Bakar

Hr ni ana nk cerita kat antum tntg satu cerita yg terjadi pd zaman Khalifah Abu Bakar.
Bagaimana hebatnya terjadi terhadap seorang mayat yang salah satu sebab ianya terseksa adalah kerana meniggalkan sembahyang.
Ada seorang penduduk di zaman Khalifah Abu Bakar meninggal dunia. Setelah dimandikan dan dikapani telah diletaknnya di sudut rumah dengan maksud hendak disembahyangkan. Apabila yang hadir telah bersaf-saf hendak memulakan sembahyang mayat itu, tiba-tiba kapan simati nampaknya bergerak-gerak, sehingga mereka yang berada di samping mayat takjub dan kehairanan melihatnya. Mereka sama serentak saling berbisik dan bertanya, dan semua manyangka bahawa si mayat hidup kembali.
Salah seorang daripada mereka maju ke hadapan dan mengurai ikatan kapannya sambil yang lain-lain sama mendekati jenazah itu. Alangkah terperanjatlah mereka apabila kapan simayat itu sudah terbuka, dilihat mayat masih tetap mayat hanya dalam kapan menyelubunigi tubuh mayat tersebut seekor ular, seraya menggigit seluruh tubuh si mayat. Serentak mereka yang hadir di sana menyuruh diambil kayu untuk memukul ular tersebut. Belum sempat mereka mendapatkan kayu itu, sang ular lantas berkata dengan fasihnya- " Asyhadu allaha ilaaha illallah, wa-asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Apakah sebabnya kamu hendak membunuh aku. Aku tidak bersalah dan menyakiti kamu. Aku hanya menjalankan perintah Allah menyeksa mayat ini. Aku disuruh menggigitnya dan menyeksanya hingga ke hari kiamat."
Orang ramai berasa hairan lalu bertanya - "Apakah sebabnya maka engkau disuruh menyeksaa mayat saudara kami ini? Apakah dosa dan kesalahan mayat ini? " Jawab ular itu- " Mayat ini selama hayatnya berbuat tiga macam kesalahan yang menyebabkannya diseksa. Pertama, ia mendengar azan tetapi tidak dihiraukan dan tidak ia kepergian menunaikan solat dengan berjemaah. Kedua, ianya enggan mengekuarkan zakat hartanya. Dan ketiga, ia tidak mahu mendengarkan nasihat baik dari para alim ulama. Maka oleh itulah ianya diseksa sdemikian rupa."
NAUDZUBILLAHI MIN DZALIK
Jgnlah kita menganggap remeh suruhan dan perintah bersembahyang fardhu itu dan janganlah kita sengaja meniggalkannya, begitu juga janganlah sekali-kali kita apabila rajin bersembahyang dan apabila malas dan sibuk, ditinggalkan sahaja. Barangkali kisah yang diceritakan cukuplah mendorong keinsafan bg ana dan antum sume bagaimana hebatnya penderitaan seksanya.
yang terbaik Insya-Allah....

Saturday, November 7, 2009

Sabda Nabi

" Siapa-siapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka sesungguhnya adalah ia kafir yang nyata".
Berdasarkan kepada hadis tersebut sebahagian berpendapat, bilamana seseorang mengaku menganut Islam, sedang sejak muda hingga tuanya tiada pernah mengerjakan sembahyang kemudian ia mati, maka sebahagian ulama menfatwakan TIDAK WAJIB menyembahyangkan jenazahnya dan ada pula yang mengatakan bahawa HARAM menyembahyangkannya.
Naudzubillah min dzalik.the moral value of this hadis, ana nasihatkan dr ana n muslimin/muslimat yg sudi bc blog ni, jg solat
kerana setiap apa yg kita lakukan di dunia ini bermulanya dr Solat.bagaimana kita nk mencegah kemungkaran dn menegakkan Islam sekiranya kita mensia-siakan solat.
Firman Allah (surah Al-Ankabut-45)
" Dirikanlah sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu mencegah(menjauhkan) manusia dari perbuatan kotor, keji dan mungkar."
seperkara lagi, kalau kita fikir sejenak kita telah diajar kewajipan solat sejak tadika/sek rendah lagi.dan setiap kali Pelajaran Agama juga Ustazah akan menekankan kewajipan solat.tapi kenapa kita masih melalaikan kewajipan itu.dan kalau ana hitung dr sek rendah sampai sekarang, dah 12 tahun ana belajar benda yang sama iaitu kepentingan solat. dan rugilah ana jika selama 12 tahun yang ana tuntut tu ana tak gunakan manfaatnya. Naudzubillah...
yang terbaik Insya-Allah