MUTIARA KATA

Menuntut ilmu adalah taqwa, menyampaikan ilmu itu adalah ibadah, mengulanginya adalah zikir.
Mencari ilmu itu jihad.
-Al-Ghazali-

Wednesday, November 11, 2009

Rasulullah tersenyum

Rasulullah tersenyum ketika berlumba lari dengan Aisyah

Baginda sangat pandai menciptakan suasana damai dan tenteram dalam rumahtangganya. Ketika berada dekat dengan isterinya, baginda suka bergurau senda, bermain atau melakukan perkara-perkara yang boleh menyenangkan hati isterinya. Terkadang baginda mengucapkan kata-kata yang boleh membuat isterinya tertawa. Semua ini baginda lakukan demi untuk menyenangkan hati isterinya.

Aisyah pernah meriwayatkan cerita bersama Rasulullah.

Pada suatu ketika, aku ikut bersama Rasulullah dalam satu perjalanan. Pada saat itu badanku masih kurus. Kemudian Rasulullah menyuruh rombongan yang menyertai kami untuk berjalan di hadapan terlebih dahulu. Lalu baginda berkata kepadaku: " Ayuh kita berlumba lari".

Dalam perlumbaan itu aku lari sangat laju sehingga mendahului Rasulullah. Namun baginda diam sahaja apabila kalah dalam lumba lari denganku.

Ketika dalam perjalanan lain dimana badanku sudah bertambah gemuk, baginda menyuruh rombongan untuk berjalan mendahului kami. Kemudian baginda mengajak aku berlumba lari lagi.

Dalam perlumbaan ini aku berlari dengan sangat laju, tetapi Rasulullah berlari lebih laju sehingga baginda berkata kepadaku : " Ini sebagai penebus kekalahanku yang dahulu"

(PUSTAKA ILMI)