MUTIARA KATA

Menuntut ilmu adalah taqwa, menyampaikan ilmu itu adalah ibadah, mengulanginya adalah zikir.
Mencari ilmu itu jihad.
-Al-Ghazali-

Sunday, November 8, 2009

Khalifah Abu Bakar

Hr ni ana nk cerita kat antum tntg satu cerita yg terjadi pd zaman Khalifah Abu Bakar.
Bagaimana hebatnya terjadi terhadap seorang mayat yang salah satu sebab ianya terseksa adalah kerana meniggalkan sembahyang.
Ada seorang penduduk di zaman Khalifah Abu Bakar meninggal dunia. Setelah dimandikan dan dikapani telah diletaknnya di sudut rumah dengan maksud hendak disembahyangkan. Apabila yang hadir telah bersaf-saf hendak memulakan sembahyang mayat itu, tiba-tiba kapan simati nampaknya bergerak-gerak, sehingga mereka yang berada di samping mayat takjub dan kehairanan melihatnya. Mereka sama serentak saling berbisik dan bertanya, dan semua manyangka bahawa si mayat hidup kembali.
Salah seorang daripada mereka maju ke hadapan dan mengurai ikatan kapannya sambil yang lain-lain sama mendekati jenazah itu. Alangkah terperanjatlah mereka apabila kapan simayat itu sudah terbuka, dilihat mayat masih tetap mayat hanya dalam kapan menyelubunigi tubuh mayat tersebut seekor ular, seraya menggigit seluruh tubuh si mayat. Serentak mereka yang hadir di sana menyuruh diambil kayu untuk memukul ular tersebut. Belum sempat mereka mendapatkan kayu itu, sang ular lantas berkata dengan fasihnya- " Asyhadu allaha ilaaha illallah, wa-asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Apakah sebabnya kamu hendak membunuh aku. Aku tidak bersalah dan menyakiti kamu. Aku hanya menjalankan perintah Allah menyeksa mayat ini. Aku disuruh menggigitnya dan menyeksanya hingga ke hari kiamat."
Orang ramai berasa hairan lalu bertanya - "Apakah sebabnya maka engkau disuruh menyeksaa mayat saudara kami ini? Apakah dosa dan kesalahan mayat ini? " Jawab ular itu- " Mayat ini selama hayatnya berbuat tiga macam kesalahan yang menyebabkannya diseksa. Pertama, ia mendengar azan tetapi tidak dihiraukan dan tidak ia kepergian menunaikan solat dengan berjemaah. Kedua, ianya enggan mengekuarkan zakat hartanya. Dan ketiga, ia tidak mahu mendengarkan nasihat baik dari para alim ulama. Maka oleh itulah ianya diseksa sdemikian rupa."
NAUDZUBILLAHI MIN DZALIK
Jgnlah kita menganggap remeh suruhan dan perintah bersembahyang fardhu itu dan janganlah kita sengaja meniggalkannya, begitu juga janganlah sekali-kali kita apabila rajin bersembahyang dan apabila malas dan sibuk, ditinggalkan sahaja. Barangkali kisah yang diceritakan cukuplah mendorong keinsafan bg ana dan antum sume bagaimana hebatnya penderitaan seksanya.
yang terbaik Insya-Allah....