MUTIARA KATA

Menuntut ilmu adalah taqwa, menyampaikan ilmu itu adalah ibadah, mengulanginya adalah zikir.
Mencari ilmu itu jihad.
-Al-Ghazali-

Saturday, November 7, 2009

Sabda Nabi

" Siapa-siapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka sesungguhnya adalah ia kafir yang nyata".
Berdasarkan kepada hadis tersebut sebahagian berpendapat, bilamana seseorang mengaku menganut Islam, sedang sejak muda hingga tuanya tiada pernah mengerjakan sembahyang kemudian ia mati, maka sebahagian ulama menfatwakan TIDAK WAJIB menyembahyangkan jenazahnya dan ada pula yang mengatakan bahawa HARAM menyembahyangkannya.
Naudzubillah min dzalik.the moral value of this hadis, ana nasihatkan dr ana n muslimin/muslimat yg sudi bc blog ni, jg solat
kerana setiap apa yg kita lakukan di dunia ini bermulanya dr Solat.bagaimana kita nk mencegah kemungkaran dn menegakkan Islam sekiranya kita mensia-siakan solat.
Firman Allah (surah Al-Ankabut-45)
" Dirikanlah sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu mencegah(menjauhkan) manusia dari perbuatan kotor, keji dan mungkar."
seperkara lagi, kalau kita fikir sejenak kita telah diajar kewajipan solat sejak tadika/sek rendah lagi.dan setiap kali Pelajaran Agama juga Ustazah akan menekankan kewajipan solat.tapi kenapa kita masih melalaikan kewajipan itu.dan kalau ana hitung dr sek rendah sampai sekarang, dah 12 tahun ana belajar benda yang sama iaitu kepentingan solat. dan rugilah ana jika selama 12 tahun yang ana tuntut tu ana tak gunakan manfaatnya. Naudzubillah...
yang terbaik Insya-Allah